POLISI BAYARAN BALIK
Terakhir dikemas kini: 10 Januari 2026
Polisi Bayaran Balik ini menerangkan terma dan syarat berkaitan permohonan bayaran balik bagi perkhidmatan yang disediakan oleh eSetem Services (No. Pendaftaran: 202503288707 / MA0338115-T) (“eSetem”, “kami”, “kita”). Dengan menggunakan perkhidmatan eSetem, anda bersetuju dengan Polisi Bayaran Balik ini.
1. PRINSIP UMUM
- 1.1Semua bayaran yang dibuat kepada eSetem adalah muktamad kecuali dinyatakan sebaliknya dalam Polisi ini.
- 1.2eSetem menyediakan perkhidmatan pemprosesan dan pengurusan penyeteman dokumen sebagai pihak ketiga berdasarkan maklumat yang dibekalkan oleh Pengguna.
- 1.3Bayaran yang dibuat meliputi fi pemprosesan, kos operasi, dan/atau bayaran kepada pihak ketiga.
2. KELAYAKAN BAYARAN BALIK
-
Bayaran balik hanya akan dipertimbangkan dalam situasi berikut:
- 2.1Berlaku kesilapan pemprosesan yang berpunca sepenuhnya daripada pihak eSetem; dan
- 2.2Kesilapan tersebut tidak dapat diperbetulkan atau diselesaikan melalui pemprosesan semula; dan
- 2.3Permohonan belum atau tidak berjaya diproses ke peringkat kelulusan oleh LHDNM.
3. SITUASI TIDAK LAYAK BAYARAN BALIK
-
Bayaran balik tidak akan diberikan dalam keadaan berikut:
- 3.1Kesilapan atau ketidaklengkapan maklumat/dokumen yang diberikan oleh Pengguna.
- 3.2Permohonan telah diproses, dihantar, atau direkodkan dalam sistem LHDNM.
- 3.3Permohonan dibatalkan oleh Pengguna selepas proses penyeteman dimulakan.
- 3.4Kelewatan yang berpunca daripada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada LHDNM, sistem e-Stamp, atau institusi kewangan.
- 3.5Penalti, denda, atau caj tambahan yang dikenakan oleh LHDNM.
- 3.6Caj transaksi, caj perbankan, atau caj perkhidmatan pihak ketiga.
4. SKOP BAYARAN BALIK (JIKA DILULUSKAN)
- 4.1Jika bayaran balik diluluskan, ia terhad kepada fi pemprosesan eSetem sahaja.
- 4.2Jumlah duti setem rasmi, caj pihak ketiga, dan caj transaksi tidak akan dikembalikan.
- 4.3Bayaran balik akan dibuat menggunakan kaedah pembayaran asal atau kaedah lain yang ditentukan oleh eSetem.
5. PROSES PERMOHONAN BAYARAN BALIK
- 5.1Permohonan bayaran balik hendaklah dibuat secara bertulis melalui emel rasmi eSetem.
-
5.2
Pengguna perlu menyertakan maklumat berikut:
- Nama penuh / Nama syarikat
- Nombor rujukan permohonan
- Bukti bayaran
- Sebab permohonan bayaran balik
- 5.3Semua permohonan akan disemak dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja.
6. HAK eSETEM
-
6.1
eSetem berhak untuk:
- Menolak sebarang permohonan bayaran balik yang tidak memenuhi syarat;
- Menentukan kelayakan dan jumlah bayaran balik;
- Meminda Polisi Bayaran Balik ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
7. PERUBAHAN POLISI
- 7.1Polisi Bayaran Balik ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa.
- 7.2Versi terkini akan dipaparkan di laman web rasmi eSetem dan berkuat kuasa serta-merta selepas diterbitkan.
8. HUBUNGI KAMI
-
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Polisi Bayaran Balik, sila hubungi:
E-mel: hi@esetem.my
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat, 9:00 pagi – 6:00 petang
REFUND POLICY
Last updated: 10 January 2026
This Refund Policy outlines the terms and conditions regarding refund requests for services provided by eSetem Services (Registration No.: 202503288707 / MA0338115-T) (“eSetem”, “we”, “us”). By using eSetem’s services, you agree to this Refund Policy.
1. GENERAL PRINCIPLES
- 1.1All payments made to eSetem are final unless otherwise stated in this Policy.
- 1.2eSetem provides document stamping processing and management services as a third party based on information provided by the User.
- 1.3Payments include processing fees, operational costs, and/or payments to third parties.
2. ELIGIBILITY FOR REFUND
-
Refunds will only be considered in the following situations:
- 2.1Errors in processing that are entirely attributable to eSetem; and
- 2.2The errors cannot be corrected or resolved through reprocessing; and
- 2.3The application has not been processed or approved by LHDNM.
3. NON-REFUNDABLE SITUATIONS
-
Refunds will not be provided under the following circumstances:
- 3.1Errors or incomplete information/documents provided by the User.
- 3.2Applications that have been processed, submitted, or recorded in LHDNM’s system.
- 3.3Applications cancelled by the User after the stamping process has begun.
- 3.4Delays caused by third parties, including but not limited to LHDNM, e-Stamp system, or financial institutions.
- 3.5Penalties, fines, or additional charges imposed by LHDNM.
- 3.6Transaction fees, banking fees, or third-party service charges.
4. SCOPE OF REFUND (IF APPROVED)
- 4.1If a refund is approved, it is limited to eSetem’s processing fees only.
- 4.2Official stamp duty, third-party charges, and transaction fees will not be refunded.
- 4.3Refunds will be made using the original payment method or another method determined by eSetem.
5. REFUND REQUEST PROCESS
- 5.1Refund requests must be submitted in writing via eSetem’s official email.
-
5.2
Users must provide the following information:
- Full name / Company name
- Application reference number
- Proof of payment
- Reason for the refund request
- 5.3All requests will be reviewed within 7 to 14 working days.
6. eSETEM’S RIGHTS
-
6.1
eSetem reserves the right to:
- Reject any refund requests that do not meet the criteria;
- Determine eligibility and refund amount;
- Amend this Refund Policy at any time without prior notice.
7. POLICY CHANGES
- 7.1This Refund Policy may be updated from time to time.
- 7.2The latest version will be displayed on eSetem’s official website and will take effect immediately upon publication.
8. CONTACT US
-
For any enquiries regarding the Refund Policy, please contact:
Email: hi@esetem.my
Operating Hours: Monday – Friday, 9:00 a.m. – 6:00 p.m.